Skip to main content

Sifat Sombong Pemusnah Segalanya

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱجْتَنِبُوا۟ كَثِيرًۭا مِّنَ ٱلظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ ٱلظَّنِّ إِثْمٌۭ ۖ وَلَا تَجَسَّسُوا۟ وَلَا يَغْتَب بَّعْضُكُم بَعْضًا ۚ أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَن يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًۭا فَكَرِهْتُمُوهُ ۚ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ تَوَّابٌۭ رَّحِيمٌۭ

Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Aib menurut Kamus Dewan Bahasa bermaksud rasa hina atau malu akibat perbuatan keji dan sebagainya oleh seseorang anggota keluarga dan lain-lain. Manakala menurut islam ia seakan suatu bentuk ghibah yang diharamkan. Ketika Rasulullah s.a.w ditanya tentang ghibah, Baginda menjawab: ‘Kamu menyebut perihal saudaramu yang tidak disukainya’.”

Maka itu amatlah penting untuk kita ingat pesanan Rasulullah s.a.w bersabda:

لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا، إِلَّا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Maksudnya: “Tidaklah seseorang hamba menutup aib hamba yang lain, melainkan Allah tutup aib hamba yang pertama tadi di Hari Kiamat.” - HR Muslim

Catatan:

*Aib adalah perkara yang boleh menjatuhkan maruah seseorang, dan ia boleh menatijahkan kesan yang sangat buruk sehingga membawa kepada gangguan mental atau memungkinkan ia berakhir dengan kematian.

*Islam melarang kita membuka dan mendedahkan aib orang lain, melainkan dalam keadaan tertentu yang diizinkan oleh syarak sahaja.

*Kesedaran bahawa aib boleh ada pada orang lain dan juga pada diri kita. Maka itu penting untuk kita membantu sesama kita dalam memperbaiki diri kita sebagai hamba Allah yang inginkan SyurgaNya.

  • Hits: 38