Ayat al-Quran Yang Buat Nabi Menangis
Terdapat satu kisah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, diceritakan oleh Ibn Mas'ud r.a, "Rasulullah (ﷺ) pernah berkata kepada aku, 'Bacakanlah al-Quran kepada aku'. Maka aku berkata, 'Wahai Rasulullah (ﷺ), adakah patut aku membaca al-Quran kepada engkau walhal kepada engkau al-Quran diturunkan.'
Baginda membalas, 'Sesungguhnya aku ingin mendengarnya daripada orang lain'. Kemudian aku membaca al-Quran kepada Baginda sehinggalah kepada ayat,
فَكَيْفَ إِذَا جِئْنَا مِن كُلِّ أُمَّةٍۭ بِشَهِيدٍۢ وَجِئْنَا بِكَ عَلَىٰ هَـٰٓؤُلَآءِ شَهِيدًۭا
Maka bagaimanakah (keadaan orang-orang kafir pada hari akhirat kelak), apabila Kami datangkan dari tiap-tiap umat seorang saksi (iaitu Rasul mereka sendiri menjadi saksi terhadap perbuatan mereka), dan Kami juga datangkan engkau (wahai Muhammad) sebagai saksi terhadap umatmu ini? - Surah an-Nisa:41
Baginda berkata, 'Cukuplah'. Ketika aku menoleh kepada Baginda, aku mendapati bahawa Rasulullah (ﷺ) menangis berlingan air mata."
Catatan:
* al-Quran perlu dibaca dan didengar. Lidah dan telinga kita adalah kunci dan peranan penting daripada sebahagian pancaindera.
* Ayat-ayat sebelum berkemungkinan membuat Nabi membayangkan keadaan sebahagian umatnya yang degil, sombong, rugi dan sebagainya.
- Ustaz Md Lutfi Zulkiflee, MRO A.Q.S.A (Al-Islah Quran Solat Academy)
- Hits: 41